Saturday, September 4, 2021

Secondary School - Part One

 It is time to embrace a great moment with beautiful memories, right?


During secondary school, ada waktu kitorang akan pergi sekolah dengan arwah ayah terutama kalau hujan. Ke setiap hari eh? Sebab jarak sekolah dengan rumah tak jauh, so memang balik sekolah jalan kaki dengan beg berat sampai nak tercabut bahu :( Kalau pergi dengan arwah kitorang juga yang jadi tukang panaskan engin lepas tu ada waktu karok dulu dalam kereta sementara nak tunggu arwah siap-siap. Arwah paling tak suka kalau pagi baru nak minta itu nak minta ini, so malam before tu duit belanja memang dah bagi terus, kalau ada benda nak kena tandatangan kena setel malam tadi. Jangan pagi baru nak terhegeh nak minta memang kena marahlah. Basically dalam 7.15 pagi rasanya paling lewat sebab kalau lambat nanti jem. I mean semua orang tak berkenan kan kalau jem kang pepagi dah stress.


Masa tu duit belanja sehari RM2, lepas je makan masa rehat. Pagi memang sarapan roti atau apa-apa dekat rumah. Kalau tak ada benda nak makan, akan dapat extra RM1, suruh beli sarapan dekat kantin masa pagi. Tak ingat tahun bila baru ada sarapan dekat kantin waktu pagi, ke memang ada cuma yelah tak perasana. Pintu depan sekolah jauh daripada rumah, kitorang masuk ikut pintu belakang je sebab kawasan situ memang kawasan perumahan. Anyone yang stay kawasan situ memang auto jadi student sekolah situ except kalau dorang bijaksana bijaksini ofcourse sekolah elit lain yang jadi pilihan. 


For me, this school just nice. Berada dalam kawasan kejiranan, rumah pun dekat walau jalan kaki nak tercabut juga kaki tapi you know... selamat untuk pejalan kaki. Maka tak wujudlah scene arwah atau mama datang jemput kitorang bila balik sekolah, takde wujud scene nak kena hadap jem tunggu anak-anak balik sekolah. We practically take care of each other, bertiga. 


That time, kitorang balik akan singgah sekolah agama, untuk kelas mengaji. Satu jalan juga nak balik rumah sebenarnya, duduk situ sampai jam 5 petang tak silap. Sekali makan lunch pun dekat situ. Kalau tanya kawan dekat situ, sorry to say sebab memang tak ingat apa-apa langsung. Tak tahu nak rasa sedeh ke apa hahhahaha aduh. Apa pun after that tak sure kitorang balik ada yang jemput atau kitorang balik sendiri. Yang tu pun untuk few first year je sebab aku ingat lagi balik sekolah sempat lagi rushing layan cerita 2.30 petang sinetron maybe ataupun tagalog punya drama. Tak padan dengan tu, bila pergi kelas mengaji nak jadi orang awal yang baca dekat cikgu sebab lepas tu nak terus balik. Ada program drama lain pulak. Jangan tanyalah that era was the earliest drama addicted, but I will not deny to admit that I still the young kid that addict to drama series. Habits hard to die, kan.


Since 7 or maybe 8 years old lagi, hidup ini dah diwarnai dengan drama terutama Thailand sebab ingat lagi masa duduk KP kitorang adik beradik serbu rumah jiran nak pinjam tv nak layan Wai Rai High School gara-gara mama dekat rumah nak layan channel lain. So yes, bila pindah ke utara ni drama series memang member paling kamceng! Jadual layan cerita tu lepas balik sekolah kan dalam pukul 1.30 petang rasanya. Mama sekolah sesi petang so by tengahari mama dah pergi sekolah mama dah masak siap-siap. Kitorang balik makan je, tak risau apa dah. Orang yang paling banyak habiskan masa depan  tv is me. Uh, jadual memang padat. Mula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang selalunya ada sinetron, habis sinetron akan layan drama Thailand dekat tv3 sampai pukul 4.30 petang. Masa tu tengah tayang Love Chain, superb gila cerita ni dengan soundtrack memang sedap teruk. Literally, memang we all jatuh cinta dengan cerita ni memang hadap depan tv. Masa tu takde astro lagi, ada tv petak yang kena tekan button takde remote control. As legend, memang tekan guna kaki je. Takde keje nak bangun dari pembaringan semata nak tukar channel :)


Petang pula layan channel 8tv, pukul 6.00 sampai pukul 7.00 malam akan tayang cerita hokkien kut orang panggil. Cerita series yang kisah pasal families yang panjang episode dia. Habis cerita tu akan sambung dengan series tvb, Hong Kong. Macam Korea kan ada SBS KBS MBC and so on, so Hong Kong ada tvb. Usually tvb tayang drama crime, so memang fanatic teruk gila. Basically memang kenal teruk dengan actor/actoress sebab muka yang sama, ada juga muka baru. Tapi bila kau dah layan bertahun drama tvb, you feel great to see that face again <3 (Missing them alot, sebab dah tak layan drama Hong Kong since entah, tak ingat bila last layan but for sure masa sekolah)


Belum habis lagi. Ada lagi. Jam 8.30 hingga 9.30 malam channel 8tv akan tayang drama Taiwan, audio mandarin. Not sure tahun bila, dorang mula tayang drama Korean dengan audio mandarin. Masa tu mula jatuh hati dengan english series. Ingat lagi, hari Selasa. Habis aje drama 9.30 malam, series NCIS akan main pula. Rasanya kalau tanya orang hari ini, mesti tahu NCIS ni kisah pasal apa. Tapi kalau at that year, aku tanya classmate aku confirm dorang takleh jawab. Orang baya aku masa tu bukannya drama addict macam aku. Aku pun tak tahu dorang addict apa, haha. 


People may think my life boring because only school-home, setiap hari. Tapi bagi aku, itu adalah kebahagian yang aku inginkan. Basically, memang most of my time memang layan drama. Memang kawan hanya masa dekat sekolah aje, kejiranan takde budak-budak macam kitorang. Bila kitorang pindah, we kind of owe the road. We create roadblock dengan main badminton. Masa tu ada jiran depan, so few time kitorang play football together sebelum dorang pindah mana tah then we back to square, owe the road. We play within us. Nak cakap anti-social macam bukan, nak cakap tak reti bergaul pun tidak. But, we all kind of okey and fine without be social with others. 


I don't know others, but be me at 9 years old dengan classmate yang suka ejek sebab memang guna slangs KL... ofcourse kadang annoyed but it's fine. I guess masa tu different slangs still something weird kut. Tiap hari orang ejek ke perli ke, just ignore aje. Masa tu tak faham kenapa different slangs pun nak jadikan isu :] I bet biasalah budal nakal benda simple macam ni mungkin tak reti nak respect. 


Bila fikir balik, wow ini dikira verbal bully walaupun nampak simple. Setiap kali kau cakap mesti ada bunyi orang ejek, tak semua orang boleh accept tau. Alhamdulillah, I'm not easily beat with these kind of issue. Kes acik kawan tak kawan pun, tak jadi masalah. Biasalah masa tu sikit-sikit merajuk, budak biasalah semua benda tak kena. Nasiblah kenal aku yang tak berapa ada banyak emosi ni. Tapi ada je kawan yang stay kelas yang sama dari awal aku jejak sekolah situ sampai habis sekolah rendah. 


Imagine, you in this new school at different state, with dfferent slangs. You can understand as long them not use pekat punya slang. Kau sendiri tengah cuba comfort dengan suasana yang lain tambah dengan mulut budak nakal yang tak reti berhenti ejek. 


Masa dah nak masuk dekat akhir-akhir sekolah rendah, ada je new student yang datang daripada selatan and they kind of mix the slang. Tapi aku, nope. Daripada dulu sampai sekarang, pure slang KL. Banyak kali dah member tanya, "Bila nak cakap utara?" Entahlah aku pun tak tahu. Tapi these day cakap guna pelbagai slang is widely accepted, orang tak persoalkan atau perlekehkan dah rasanya. 


Ingat lagi masa tu darjah 4, aku bawa this beg hitam beg baru tak silap tahun tu. Hari pertama maka masa tu kan nak pilih seat and this friend of mine ingat my seat was boy >^_^< sebab tengok beg macam lelaki. Umm, colour beg pun ada gender description eh alahaiiii. It is just simple black beg. For sure memang tak ada keychain apa. Simplicity. Guna beg tu tak sure maybe 2 tahun kut. Aku ni bila dah selesa memang akan pakai sampai rosaklah. Selagi okey selagi itulah guna.


Bila darjah 6, memang banyak kali terima warning sebab masih lagi follow rapat series's schedule including sabtu dengan ahad. Cuma sabtu dengan ahad tak banyak drama :] masa tu kena ugut kalau ujian result tak memuaskan kena masuk tuisyen. Dalam makna kata yang lain, aku akan burn drama jam 8.30-9.30 malam kalau kelas malam. Kalau kelas hujung minggu, maka terganggulah jadual tidur pagi dan masa bahagia hujung minggu aku :( so be me just be as usual, sebab result selalu consist A,B dengan C juga. Tapi end up register juga kelas untuk main subject, itu pun selalu datang lambat kelas jam 8 malam sebab tunggu cerita tayang episode untuk esok hari walhal tempat tuisyen area dekat je. Malam selalunya ada yang hantar dan jemput. Kalau hujung minggu rasanya pergi sendiri naik basikal, sebab ingat lagi masa sekolah rendah ada juga pergi sekolah naik basikal. Sebab ingat ade few time letak basikal dekat tempat basikal.


Banyak lagi benda nak cerita but tunggu part yang akan datang ajelah. Nak recall balik memories perlu time kan, sebab nak selongkar balik :) see you when I see you, readers.

Saturday, August 28, 2021

Allo, it's me.

 It has been a while, kan.


Few days back, mama ada buat session nostalgia merangkap life lesson yang membentuk jiwa mama hari ini. Perjalanan hidup ini kalau tanpa cabaran, kita pun akan bosan sebenarnya. Bahasa mudah, selagi kau bernyawa... dugaan itu tetap akan muncul dalam pelbagai cara. Dan kau kena cuba untuk hadap tak kira apa pun yang jadi. Hadap. Jangan lari sebab masalah takkan selesai kalau kau keep running from it.


Ada benda yang aku baru tahu sebenarnya. Tak pasti mama pernah cerita tapi aku yang terlupa atau mama memang tak pernah cerita. I don't know, but be me as today if you want to tell story I'll be listener. Kalau tak nak cerita, aku tak paksa. Your decision. What it is biarlah jadi rahsia, malas nak cerita satu-satu. 


Dari satu cerita ke satu cerita, kisah duduk rumah Padang Balang ke kisah rumah duduk KP, cerita macam mana mama boleh jumpa dengan arwah ayoh, in between kisah mama dengan roommate mama masa duduk UKM and few other things. Ada masa mama atau arwah ayoh nak bercerita tentang kisah lalu kitorang akan dengar aje, tapi tak pernah out of nowhere tiba-tiba tanya. 


I guess both of mama dengan arwah ayoh bukanlah someone yang jenis suka buat heart to heart punya session. Arwah ayoh tegas, anything dulu memang akan melalui mama dulu. If mama cakap 'tidak' tak usahlah nak panjangkan isu ke arwah ayoh. Anything about education, arwah ayah selalu bagi kata semangat and you know kepercayaan yang dia bagi tu menjadikan kita confident. 


Arwah ayoh suka cakap, "Anak ayoh semua boleh!"


Kita close case pasal arwah ayoh sebab kisah ni panjang lagi. Entah bila boleh buat sharing. Will do but nanti-nanti ajela. These day selalu terkenang kenangan masa sekolah rendah. Kembali ke kisah nostalgia mama...


Sometime, mama akan cerita tentang arwah ayah mama which is my grandfather. Dia meninggal sebelum mama kawin lagi. Dalam ingatan ni, hanya sekali aje aku ingat kami semua pergi kubur arwah sebab kubur arwah jauh dari kampung but I don't know if it is a right reason to not do so. Sebelum arwah ayah mama meninggal, kakak mama meninggal but aku lupa the exact information. Mama pernah cerita few time takkan aku nak tanya tiba-tiba kan? Kind of their memories ke what she looks like ke... you know those thing. Nak kenal dia macam mana but you cannot bear to ask that question to the only person yang kenal dia. 


Mama for sure mesti rindu dengan kakak dia kan? The only big sister yang dia ada. Tapi mama tak pernah cakap. Tak pernah langsung cakap apa-apa. Sometime, mama akan cakap,"Kakak mama..." and we all akan dengar apa yang mama nak cerita. Kadang ada akan tanya itu ini and mama akan jawab one by one. Back then, gambar pun tak wujud maka memang takde langsung gambar arwah ayah mama dengan kakak mama. But, aku rasa for sure arwah ayah mama mesti proud kan dengan mama?


Mama pernah cakap, arwah ayah mama cakap dekat mama macam ni,

"Nak belajar atau ikut pergi menoreh," 


Daripada situ aku dah faham, arwah ayah mama tegas. Dulu hidup susah, kerja menoreh pastu mek pula kerja jual kuih dekat kantin sekolah. Tapi alhamdulillah, semuanya hidup berjaya hari ini. Macam plot twist drama kan hidup ni. 


Kenangan mampu buat seseorang itu kuat sebenarnya. 


Undur diri dulu, next time kita tengok apa lagi kisah yang nak diceritakan.





Wednesday, March 27, 2019

Dear Reader, kalau ada.

Assalamualaikum.

If I need one word to describe what I feel after read back all those memories, I guess the best word is -Happy- . 

Jujur aku cakap, aku pun sebenarnya tak ingat mana pun apa yang berlaku like back those years. Ini pun masuk tiga tahun from the last post. Dan aku rasa the first thing I start wrote this for the future me to read all these lil things that change and enter my childhood era. My passion. What I care about, on what thing I love to do. 


When we grow up, banyak benda kita lupa untuk nikmati sebenarnya. Kita sibuk jadi dewasa, dan ofkos ia sangat berbeza dengan zaman remaja kita sebenarnya. This not too adult miss to be kid again. Be a grown up person, benda tak mudah. Banyak benda kita kena mengalah. Nak buat itu ini, banyak perasaan kita kena titip berat. Be dewasa, kena matang. Matang cari penyelesaian, jangan lari. Masalah wujud untuk diselesaikan, walaupun sukar.


Ini pun teringat pasal selongkar group personal di FB. Maka terlistlah segala blog yang jadi ikutan yang pasti kini sudah bersarang lama. Most of the bloggers, taught me something and I feel really grateful to knew them since my childhood era. Banyak benda aku tahu, kenal, selongkar sepanjang bersama mereka, zaman blogger dulu. 


Sekarang zaman youtube and IG je. Mostly blogger ada yang bertukar platform dan ada juga maybe not able to write lagi pasal ada banyak lagi responsibility yang mereka perlu lakukan. Benda tak sama lagi macam dulu. Keyboard writer. Kalau dulu, benda simple pun nak tulis dekat blog. Sekarang semua update story whatsapp or IG jer. 



Apa pun, dear reader... tak pun dear future me. 


Be young writer give you chance to have more time to explore more. Don't be afraid to jump high even tak tinggi mana pun kau jump. Take chance one by one and embrace all those thing.


Aku tahu, you afraid if you change as being lucifer in angel's mask. Take a breath, pandang langit. Sky doesn't stay still, tau. It will change. So, do you. Better or worst, you make the choice. Jangan pilih salah laluan, pasal Fynn Jamal cakap 'Tak buat lebih senang daripada taubat," .


If ada lagi masa, akan aku tulis lagi di sini, so that I will always have way to know where my chosen path.


Adios,
Merah.

Tuesday, August 16, 2016

Indahnya Sebuah Kenangan


Assalamualaikum, wah, best juga rupanya kalau kita udpate story dekat sini :)


Dulu punya kisah, bila baca-baca balik... terimbau kenangan lalu. Sedih masih ada, perasaan tu masih terasa. Tapi, air mata hanya tersekat di kerongkong. Kenangan itu indah tapi rasa untuk kembali semasa ke sana amatlah kuat. Kadang, macam nak minta Allah tolong puntarkan masa ke sana semula. Rasa itu sangat kuat. 

Kalau dulu selalu udpate story dekat sini kan best, barulah ada benda dan kenangan nak diingatkan kembali. Bila dah besar panjang macam ni barulah nak tahu sebuah erti kenangan itu apa. Sebelum ni tak pernah pun kisahkan, tapi sekarang almost every day mesti akan tangkap gambar dengan group member. Sebab tahu, satu hari nanti kitorang akan terpisah dan hanya itu saja yang boleh kembalikan kita ke waktu itu.




Kadang dieorang marah juga, sikit-sikit gambar. Sikit-sikit gambar. Tapi, tahan je hati. Maybe dieorang tak rasa lagi kut perasaan ini. Kita bila dah selalu hilang 'bende', kita akan faham betapa pentingnya kenangan. Dulu macam tak kisah, but suatu masa... kita tertanya, apa kenangan kita dengan dia? Apa yang funny pasal dia? Apa yang dia buat sampai kita rasa bahagia... ketawa macam orang gila? Apa yang dia buat rasa kita nak bagi penyepak je? Apa yang dia buat sampai rasa kita nak nangis je? Apa yang dia buat? Apa yang kita buat?


Kalau korang dah selalu rasa kehilangan, mungkin rasa itu akan datang. Memang ia tak boleh ganti dengan kenangan yang sebelum ni, tapi sekurangnya in future kita akan kenangan untuk dilihat. Diterimbaukan. Sebab apa? Gambar tersimpan segala rasa, seribu rahsia.


Itu from my view. Tak tahulah kalau korang punya view lain.

Nak tulis dalam diary, sorry tulisan tak lawa.
Nak baca pun, kadang kita sendiri tak faham tulisan yang kita buat tu.
Dari acah taknak kasi orang len faham, alih-alih kita sendiri tak faham apa benda kita tulis.





Mood: Tengah gaduh dengan Love :(


Tiba-tiba, rindu ayoh. Aishhh... tengok nak pecah dah tangki air. Hehe. Okay, stop. Karang pecah sungguh, no body can comfort me nih.


Stay strong, Amni!!
Keep fight!
Cause I know you can.

And this quote yang selalu ayoh cakap,
" Anak ayoh semua boleh!"


Make the word became real.
Just like always.
Like before.
Together.


Al-Fatihah.

Wednesday, August 10, 2016

Hold it, because they hold it too.



Assalamualaikum. 
Hehehe, ni kalau arwah ayoh nampak Fredo macam ni...

Mesti, ayoh akan cakap, "Alo... penatnya dia..."
 and Fredo akan bangun dan lari naik atas.

Hahaha.
Fredo ni jenis takut dengan arwah ayoh.
Ayoh selalu marah dia sebab nakal, tapi ayoh still manjakan dia.
Nak-nak pula, waktu tu Fredo was the only cat in the house.


Here, I would like to say as a title above.

Sometimes, benda tak semudah yang kita sangka.
dan kadang-kala benda tu tak jadi macam yang kita nak.

Tapi, inilah life yang sebenarnya.
Nak tak nak, we need to follow the flow.
Kita diberi pilihan, dan kita kena buat keputusan.


Benda bila dah hidup jauh daripada family,
banyak ragam dan masalah dia.

Jeles, orang dekat balik rumah?!
Yes!

Dia bukan jeles gila-gila, cuma kita yang tak biasa dengan semua benda baru.
Tapi, kita hold. Tahu, benda kalau tak paksa takkan bagi result apa-apa.

Nak balik rumah?
Yes!

Siapa taknak balik kan?
Rindukan orang rumah... rindukan Al-Foronso the most.

Single day without them pun, kita dah jadi macam sasau.

Tapi, apa?
Kita hold it, sebab kita tahu dieorang pun hold macam kita juga. 
Everytime rasa macam nak balik, selalu cakap dekat diri. 
Hold it, because they hold it too.


In the mean time, Allah tarik apa yang kita punya... just let it go. 
Atleast, Allah bagi chance dan masa untuk kita spend masa bersama. 
Lagipun, at the first place memang hak Allah pun, kan? 
Apa hak kita nak halang hak mutlak dia?


Faham, benda tak mudah kalau bak kehilangan ni.
Apatah lagi, the one yang paling kita sayang.
Tapi, nak tak nak... redha tu kena.

It is okay to cry.

Cry.

and cry again.


But, after a few times you crying...
have you ask yourself a question?

How long you wanna crying like this?!


I'm not a cold-hearted.
But, I try my best to hold my tears.

Because...
I cannot promise if I cry now,
 in future I will not be crying for the same issues again.


If you feel, by crying you will be okay,
Then, cry.

If not,
Just do what you want.


For now,
I miss both of them.
Totally miss them very much.


Ayoh.
Fredo.


This two really in deep connection yang tak boleh diasingkan.
When I lose ayoh, Fredo was there with me alone in the house.

She react different when I was home to pack things.

I do not know what she saw.
But, I say to her...

"Fredo, cari siapa tu? Ayoh takde."

By then, tak tahulah apa budak tu faham ke tidak since 3 days lagi arwah ayoh duduk dekat hospital. Nasib mudah je nak uruskan budak Yeri and Queri. Letak kotak tinggi, so dieorang takkan merayau then cepat cari pakaian for semua.


Teringat pula, kalau ayoh kena tahan wad,
I was the one yang packkan barang-barang semua.

Heater.
Blanket.
Pillow.
Beg hotpack.
Ubat nyamuk.
Ubat Hemopaty.


Kadang tu, dah siap sedia dah barang-barang.
Senang, nanti terus angkut.


Waktu tu, even dah besar...
Otak macam tak matang pun.
Just ikut je keadaan.

Oh, kena tahan?
Nanti siapa jaga?
Boleh je jaga, esok cuti kan?


Kalau weekend, memang mama akan rehatlah.
Kitorang yang jaga malam.
Nak pula, yang jenis tak tidur.
Bergilir-gilir tengokkan.


Tak sangka, cepat je masa berlalu.
 Tak sangka, hampir 2 tahun benda ni happen.

Rasa macam semalam je, 
Jaga ayoh,
Picit kaki ayoh,
Jadi hotpack ayoh,
Dengar suara ayoh,
Tengok ayoh.


Tak pernah sangka, 
That night was the last night dengar suara ayoh.
Dapat dengar dengkuran ayoh.
Dapat tengok muka ayoh tidur.


Waktu tu memang tepat pandang ayoh,
Memang terlintas dalam kepala,

"Macam mana kalau ni kali terakhir tengok muka ayoh?"


Allah tu Maha Berkuasa.


If he has the chance, save him.
But, if it better to let him go, I will let him go.


Allah hear my voice for the first time.
He also hear mine in the seconds.
But, He take it when it was my third time.


He give me enough time.
Even, I feel it still not.
Maybe, I just need my entire life for be with him.

Are me be so greedy?

I know you want it too :)


A week before, we are a happy family.
Celebrate AidilAdha together.

Never know,
The last time doing thing together already happen.

No longer can go to grave together and hear his voice read 'Yassin'.
Because now, was our turn to go there and read him a 'Yassin'.


Al-Fatihah.

Saturday, August 6, 2016

Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK)

Assalamualaikum, semua . 


Sebelum Ai nak mulakan cerita, boleh kita bacakan Al-Fatihah dulu, tak? Sebagai pembuka bicara dan sebagai hadiah buat ahli keluarga yang pergi terlebih dahulu daripada kita.

Done.

Hope, tak terlambat lagi kalau nak cerita pasal LIBK yang Ai join dalam akhir bulan 4 hari tu. Dulu punya cerita, malas nak cakap pasal LIBK ni dah. Sebut je LIBK, macam-macam kenangan muncul. 


Benda tak jadi cerita kalau pendek, kan?
Sorrylah, Ai ni jenis cakap banyak, and benda tu jadi equal dengan penulisan.
Harap pembaca dapat bersabar dan teruskan pembacaan.

Itu pun kalau ada yang baca, kalau tak...
Selamat Menulis dan Membaca Semula kepada Ai jelah.


Kalau tanya tentang pengalaman, semestinya banyak benda yang Ai belajar selain kawad. Spiritual relationship dengan sibling yang lain kena kuat kalau korang nak survive dalam LIBK. Boleh jadi, basic utama LIBK adalah bonding korang dengan adik-adik korang yang lain. 

Before korang jadi blur, istilah adik beradik di sini adalah bermaksud kawan-kawan satu batch yang join benda alah ni. Sekalipun, dia datang daripada kampus lain, but it still called sibling.


Dan kalau ditanya pasal hell mana yang tahap dewa punya hell, kitorang kena push-up and so on di bawah sinaran rahmat Allah, atas batu. Bukan jalan tar. Batu tu flat dan ada lekuk-lekuk... dan sangattt panas. Masa tu baru lepas solat, dan matahari sangat 'bertenaga'. 


Baru letak tangan tak sampai 2 saat, terus jatuh balik. Macam kena panggang tangan rasa. Sekurang yang perempuan boleh lapik pakai lengan baju, yang lelaki? Allah je yang tahu panas dia. Waktu tu, mental korang main peranan. Korang keep it positive, then it will be okay. 


It hell, but it okay. 
It only for a while.
The rest you will be okay.


Paling ingat, malam pertama Ai jadi radio Ikim.fm.
Macam-macam lagu Ai nyanyi, nak kasi dieorang tidur.
Masa tu dalam pukul 2 pagi jugalah.
Setengah jam kemudian, masing-masing sudah berada di alam mimpi.

For the last day, hari Jumaat. Diorang denda kitorang awal pagi... lari naik atas bukit. Kena push-up and the gang lagi. Waktu tu memang mengantuk gila. Masa dieorang kejut bangun tu memang tak sempat tengok jam. 


Ayat yang paling ingat gila , "Kita memang bangun-bangun, terus gerak, eh?"

Natijah dia, Ai cakap lain... member faham lain.
Ai ulang buat kali kedua, dia masih tak dapat tangkap maksud Ai.
Last, option...

"Tak apalah, Man. Minggu depan, aku wassup je kau."

Sebab tak larat nak cakap dah.


Malam tu kena prank!
Dan prank dia sangat tak lawak.

Ai macam diawangan.
Macam, "Apa yang korang try buat?"

Tengah-tengah diorang kecoh pasal tu, Ai sedap tutup mata, hirup udara segar sebab awal pagi kan... dan terus naik flight ke dreamland.

Part yang best pasal prank ni, Ai dapat makan!
Hehehehe.


Yang ni...
Tak cerita lagi pasal tertidur masa tengah solat Subuh. 

Sharing minum air paip (masa tu memang desperate gila).

Muka tak malu minta air orang.

Main pinjam bahu orang sebelah tidur kejap.

Tolong makan makanan adik-adik yang tak habis. 
Perut memang ketat habis.

Nak makan saja, ada 4-5 stage. Dan setiap stage tu diselangkan dengan sendawa. 
Kalau tak sendawa, makanan seterusnya tak boleh masuk.


Paling lawak, sebenarnya kitorang diberi tongkat sorang satu. Tongkat tu equal dengan maruah. Tak boleh hilangkan. Tak boleh jatuhkan. Tak boleh bagi orang curi. Tak boleh tinggalkan. 

Sorang saja yang jatuhkan tongkat, semua down.
Dan sekali kitorang down, benda tak sekejap sis.


Lagi angin, bila diorang nak bagi chance stop the hell,
Hamba Allah yang lain pula bagi jatuh!!!


Since, kitorang kena gigit tongkat tu.

Waktu tu tak ada masa nak assume yang Hamba Allah tu ada gigi geraman lemah nak gigit tongkat lama-lama, yang ada hanyalah keluhan, marah, rasa nak ayung sekali kayu besbol sikit dekat Hamba Allah tu,

Masalah, bukan sorang!
Sekejap, bunyi sini.
Sekejap, bunyi kat sana pula.


Sampai last day, LIBK dah habis pun... bunyi je tongkat jatuh semua dah macam insecure. Reaksi muka dah berubah, mata pandang daripada bunyi tu datang.



Okeh, berbalik pada tongkat versi lawak.
Kitorang kalau kawad akan kumpul tau tongkat tu.
Dan Ai punya, setiap kali Ai ambil tongkat... tongkat tu bukan lagi tongkat yang sama.

Everytime, guys!


Masa tu tak fikir, main gigit je tongkat. Air liur? 
Korang fikirlah sendiri.


Next time, Ai tunjuk gambar sikit.
InsyAllah.










Monday, July 18, 2016

Here I'm Again...

Assalamualaikum... can I laugh? Hahahahahaha.

Kenapa comel sangat ni?!


Nostalgia sangat. Siapa sangka, it take 4 years untuk update story dekat blog ni. Last time, update waktu kanak-kanak ribena, waktu hingusan duk leleh lagi. Disebabkan kita ni manusia, kita tak boleh nak ingat segala kenangan yang pernah kita alami selama. Jadi, dengan cerita-mita dekat sini, at least kita boleh buat throwback  di kedepan hari (emosi sangat) .

So, lets say...
I facing a lot of experience in 4 years.
Something bad.
Something good.
And something that gone for good.

I can say it hard... difficult. It take time and effort to gain back my strength. Skip bab ni, takut tak pasal-pasal pecah tangki air dekat UiTM ni :) Since, Ai tak pernah ada commenter, Ai tak buleh nak assume that Ai takde any reader, right? So, korang apa khabar? Camne life korang? (Klise sangat ni)

Since it suddent update, Ai jadi blank nak cakap apa. Then, Ai nak pergi cabut lari dulu.