Thursday, December 8, 2011

Syukur PadaMu





Assalamualaikum...


Semoga semua dalam keadaan yang sihat2 belake.. 
Amin... 


Tanpa dugaan,
Pasti hidup kite takkan bercorak warna...
Tanpa dugaan, 
Mungkin juga kite payah tuk menghadapi dunia...


Kerna dunia ni memang penuh dengan pelbgai dugaan...


”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.
[Al-Anbiyaa’: 35]


Namun dalam hadapi dugaan nilah... 
Kesabaran...
Kekuatan...
Ketaqwaan...
Keimanan...
Kesabran diperlukan...


Namun ingatlah,
”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286..]


 >^_^< 
Dugaan tanda kasihnya Allah pada kita...


“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” 
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

:)


Ya Allah,
Izinkanlah kami untuk,
Berjalan tanpa henti,
Menuju wawasan dunia dan akhirat.

Ya Allah,
Berikanlah kami kekuatan,
Ketabahan,
Keberanian serta,
Kesabaran.

Ya Allah,
Berikanlah kami,
Keteguhan iman,
Serta ketingkatan taqwa.

Ya Allah,
Jadikanlah kami,
Antara hamba-hambaMu yang bersyukur padaMu.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, December 7, 2011

Seindah Mana Pun...

seindah mana pun bunga klw tidak harum, ia xkn d miliki
seindah mana pun bulan klw dilindungi awan, ia xkn menerangi
seindah mana pun matahari klw d sirami hujan, ia xkn menyinari
seindah mana pun kata2 klw d iringi ngan dosa, ia xkn membawa sebarang erti
seindah mana pun pakaian klw x memenuhi syariat, ia xkn memelihara diri
seindah mana pun wajah klw akhlak x trjaga, ia xkn memberi sebarang faedah d akhirat nnti..

"Allahumma hassantu khalki, fahassin khuluki" 

Ya Allah, sebagai mana Engkau memperelokkan kejadianku, perelokkanlh akhlak ku..


>^_^<
Dari sahabat,
AMBMH.

Sunday, November 20, 2011

Kamu Yang Ku Rindu





InsyaAllah, 
Penantian demi penantian yang dinanti oleh si kecil ini. 
Biarpun lama yang perlu dinanti, namun ketahuilah bahawa penantian ini akan tercipta jua.

Dahi luasmu tak sempat ku sentuh,
Rambut lebatmu tak sempat ku belai,
Pipi comelmu tak sempat ku kucup,
Tubuh kecilmu tak sempat ku dakap.

Biarpun ketika itu kau dihadapanku,
Hanya mata yang memerhatikan ia,
Segala yang ingin aku lakukan itu.

Sekarang, hanya gambar yang dapat ku lihat.
Segalanya yang aku ingin lakukan itu tak mungkin kan terjadi di sini.

Semoga ada pertemuan antara kita sayang, insyaAllah. Moga diberi keizinan. Amin.

by: NABMR

Baby Adam



Adam...
Rindu Adam...
Sayang Adam...

Rindu suasana bila bersama Adam...
Walaupun masa tu Adam tak bernyawa lagi...
Namun itulah pertemuan pertama kali
Selepas Adam lahir ke sini...

Ermm... minggu depan InsyaAllah ade tahlil dan akikah untuk Adam tak silap...
Erm... Adam mesti penah dengarkan lagu yang kakak buat untuk Adamkan...

Tinggal sayang disana
Tinggal sayang disana
Kerna tempatmu di sini sementara saja,

Nantilah sayang di sana
Nantilah sayang di sana

Pimpinlah sayang pimpinlah,
Pimpin tangan mama papamu,
Bawa mereka ke syurga,
Bersamamu.

Hiburkan mereka dengan telatahmu,
Dengan senyuman di wajahmu,
Kau anak lelaki pertama,
Selepas kakakmu.

Adakah sayang tahu,
Gembiranya hati kakakmu,
Hingga tidurnya terganggu,
Kerna mendapatkan dirimu.

Adakah sayang tahu,
Kami sayangkan mu,
Adakah sayang tahu,
Kami rindukan mu.

Pimpin sayang pimpinlah,
Pimpin tangan mama,
Pimpin tangan papa,
Bawa ke syurga,

Muhammad Adam Syakir... baby Adam... adik lelaki kakak...

InsyaAllah,
Kakak sentiasa sayangkan baby Adam.

InsyaAllah,
Kakak selalu kasihkan baby Adam.

InsyaAllah,
Kakak akan rindukan baby Adam.

Walaupun sebenarnya kakak amat-amat rindukan Adam.

InsyaAllah diberi keizinan untuk bertemu di sana ya, insyaAllah... Amin.


InsyaAllah,
Sayangkan Adam selamanya,
Kasihkan Adam hingga ke sana,
Rindukan Adam dilepaskan di tanganNya.

Friday, November 11, 2011

Albi Nadak




Albi Nadak

Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek

hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak

Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek

hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak
 
Translated into Bahasa Melayu

Albi Nadak by Fares

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu



Thursday, November 10, 2011

InsyaAllah.

InsyaAllah.

Saat namamu disebut,
Terasa debar di hati.

Saat wajahmu dipandang,
Terasa berat tu bernafas.

Saat dirimu ku perhati,
Terasa lemah di tubuh.

Saat rinduku bertemu,
Terasa gembira di jiwa.

InsyaAllah.

Andai masa boleh dihentikan,
Pasti itu yang ingin ku lakukan,
Namun,
Masa bukannya sesuatu yang boleh dihentikan,
Dipegang mahu pun dicepat atau dilambatkan.

InsyaAllah.

Masa,
Sesuatu yang perlu kita hargai.
Kerana ia datang dan tak akan kembali lagi.
Masa tidak akan kembali biarpun kita mencari.

Semoga ada lagi pertemuan antara kita.
Sungguh, perjumpaan kita kali itu, tiada kata bicara antara kita.
InsyaAllah.


By: NABMR

Wednesday, November 2, 2011

Persahabatan

Persahabatan yang erat di bawah satu aqidah yang sama.
Persahabatan yang kukuh di hadapan tali ukhwah yang kuat.
Persahabatan yang mantap di sisi tiada persengketaan.
Persahabatan yang sejati di mana ada keredhaan. 

Asif andai ana salah.

Semoga tali ukhwah kita sentiasa berada di dalam keredhaanNya. Semoga ukhwah fillah kita sentiasa dilindungiNya dari sebarang perkara yang tidak diingini. Semoga kita semua kan sejahtera di dunia dan akhirat, Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Setiap pertemuan ada perpisahan, jadi biarlah pertemuan kita kerana Allah, dan perpisahan kita jua kerana Allah. InsyaAllah.

By: NABMR

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you






Thursday, October 20, 2011

Terluka Hati Tanpa Si Dia Ketahui


Lukai hatiku keranamu
Sungguh ku tak tahu apa lagi yang perlu ku lakukan
Memberitahumu tentang aku tahu hal ini
Bukan jalan penyelesaiannya

Hatiku terluka lagi
Apabila terkenang dirimu
Mungkin juga salahku
Tidak memberi ilmu yang cukup sebagai seorang kawan

Kawan, Teman, Sahabat,
Tolong jangan buat aku macam ni.

Tolonglah,
Jangan buat aku macam ni.

Tahukan dirimu,
Apa yang kurasa apabila mengetahui hal ini???

Terkejut!
Tergamam!

Tolong...
Jangan buat benda yang salah!

Ya Allah, berikanlah hidayah kepada saudara-saudaraku, Amin.

by: NABMR

Sunday, October 16, 2011

Muhammad Adam Syakir (MAS)

Hadirnya hanya sekejab
Tidak puas ku melihatnya 
Namun dia bukan milikku
Dia milikNya
Malah kita semua milikNya

Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Aku bersyukur
Walau hanya sekali itu ku melihatmu
Pertama dan terakhir
Terima kasih sebab muncul dalam kehidupanku
Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menghadirkan dia dalam hidupku

Sayangku buat selamanya,
Kasihku hingga ke sana.

InsyaAllah.

by NABMR.


Sunday, September 11, 2011

Senyuman yang Tak Terungkap.

MOHD. ADAM SYAKIR




Kau tersenyum penuh makna,
Tika ku melihatmu,
Senyumanmu penuh kata,
Yang tidak dapat ku tahu.


Senyumanmu amat berharga,
Tuk di buat pandangan mata,
Andai kata kau bicara,
Ku tak tahu masa bila.



Adakah kau tersenyum manja? 
Adakah kau faham kata-kata?


Rambut kacak mu terlebat,
Dahi luas mu terbentang,
Senyuman di bibir mu terpamer,
Tubuh kecil mu terbaring.









Wahai sayang,
Kaulah buah hatiku,
Biar orang datang beribu,
Hanya kau yang satu,
Di dalam ingatanku.


Benarlah tubuhmu dibalut,
Kain putih diselimut,
Bantal kecik terdampar,
Tilam kecil dihampar.

Thursday, September 8, 2011

Sayang Adam [ Di manakah kamu wahai pencuri secebis hatiku? ]





'Setakat ini hanya seorang je yang ku tahu terperinci tempatnya.... salah seorang ‘pencuri’ secebis hatiku ini... ya sayang anda telah mengambil secebis hatiku biarpun tidak dirimu sedari... sygku bukan pencuri... tapi hanya pengambil secebis hatiku. Sygku seorang yang tabah...'



'Ya Allah, Kau menyayanginya lebih daripadaku... Ya Allah ku mohon, janganlah Kau ambil kenanganku bersamanya... sungguh hanya itu yang daku ada untuk mengingatinya... wajahnya... riak wajahnya.... senyuman manisnya.. Ya Allah ingatkan aku andaia aku lalai dengan dunia... Amin...'



'Jangan Seksa Dia Kalau Kau Sayang Dia!'

'Tak de sape boleh makan Adam... sebab Adam ade dekat Allah... dekat syurga Allah..'



Monday, September 5, 2011

Afham yang makin membesar!


Am Am dah nampak besar. Kalau dulu nampak kecik je. Sekarang nampak supo ore ala-ala Arabic pulak! Mesti Am Am tak kenal lagi kita, ye la time tu Am Am kecik lagi. Baru berape bulan je!

Tuesday, July 5, 2011

Selamat Hari Ibu...

Ibu,
Selamat Hari Ibu.

Ibu, ibu ingat lagi tak kali terakhir pertemuan kita?

Ibu ingat lagi tak, 
Kali terakhir ibu melihat anak ibu yang baru tumbuh gigi ketika itu?

Ibu ingat lagi tak,
Waktu tu abang long, kak long, abang ngah, kak chik dan kak lang masih berada di sekolah.
Dan ketika itulah ibu bawa Afiq ke taman permainan. 

Afiq main layang-layang dengan ibu. 
Ibu tahu tak itulah kenangan terindah Afiq dengan ibu. 
Afiq minta layang-layang tu dengan bahasa Afiq sendiri. 
Ibu tetap faham walaupun Afiq guna bahasa Afiq. 
Afiq tak berapa reti bercakap lagi waktu tu.

Tiba-tiba waktu ibu bagi kat Afiq layang-layang tu,
Layang-layang tu terbang.
Afiq nak ambil,
Tapi Afiq hanya reti bertatih je.
Layang-layang tu jatuh kat atas jalan. 

Afiq nak merangkak ambil layang-layang tu, 
Tapi ibu larang Afiq.
Ibu suruh Afiq tunggu kat tepi jalan tu. 

Tiba-tiba ibu ‘fly’ kat atas kereta, 
Disebabkan ‘sayap’ ibu patah ibu jatuh kat atas jalan.

Ketika itu, 
Afiq nampak bayangan ibu datang kat Afiq untuk membantu Afiq bangun.
Afiq bertatih, bertatih dan bertatih.

Ketika itu Afiq nampak ada orang yang sedang bercakap dengan sesuatu yang ketika ini sudah Afiq tahu orang memanggil benda tu telefon.
Waktu Afiq dah sampai disamping ibu, 
Afiq terjatuh di atas tangan ibu.

Ibu mengerang kesakitan, 
Afiq nampak ada warna merah dekat dahi dan bibir ibu.
Ibu ingat lagi tak ibu cakap apa dekat Afiq?
Ibu cakap “ Dah pandai dah anak ibu bertatih.”
Afiq hanya memberi senyuman manis buat ibu.

Lalu Afiq lap warna merah dekat dahi ibu dan bibir ibu.
Akhirnya Afiq luahkan, yang selama ini Afiq ingin katakan.
Sebelum ini, Afiq tidak mempunyai kekuatan untuk mengatakan semua itu.
Tapi kini, Afiq dah ada kekuatan untuk itu.

Dari mana datangnya kekuatan itu Afiq sendiri tidak tahu.
Afiq pandang wajah itu dalam-dalam dan Afiq cakap
“ All..ah..... Na...bi.... I...bu....A....bi...”
Afiq nampak air mata ibu mengalir.

Lalu ibu cium wajah Afiq sepuas-puas hati ibu.
Afiq merasakan lepas ini tiada lagi ciuman ibu buat Afiq.
Afiq jatuh di dalam pelukan ibu, ibu peluk Afiq kuat-kuat.
Afiq rasa lepas ni tiada lagi pelukan ibu untuk Afiq.

Makin lama, Afiq rasa pelukan itu semakin longgar.
Tapi Afiq tetap lena di dalam pelukkan itu, ibu tahu tak?

Tika Afiq sedar, Afiq rasa ada air mata yang jatuh di atas pipi Afiq.
Afiq pandang wajah empunya air mata itu.
Rupa-rupanya, Kak Long yang sedang menangis.
Mesti ibu nampak kan Kak Long peluk Afiq erat-erat?

Belum pernah Kak Long peluk Afiq seerat macam tu.
Kak long hanya suka kacau Afiq je sebelum ini.
Afiq lap air mata Kak Long,
Tapi makin lebat pulak air mata Kak Long.
Afiq peluk Kak Long erat-erat.

Mesti ibu tahu,kan? 
Abang Ngah orang terakhir cium dahi ibu,
Orang terakhir cium pipi ibu,
Orang terakhir cium tangan ibu sebelum ke sekolah pagi tu.

Afiq ikut Kak Long pergi ke masjid untuk solat jenazah ibu.
Mesti ibu dengarkan, 
Abi baca Al-Fatihah sepanjang perjalanan ke masjid.
Sayu Afiq dengar suara Abi. 

Afiq tahu agak sukar bagi bayi seumur dengan Afiq untuk menerima pemergian seorang insan yang amat penting bernama Ibu.

Tapi Afiq tahu menangisnya abi, abang-abang dan kakak-kakak serta yang lain takkan kembalikan ibu, kan?

Afiq tahu, Afiq boleh tabah walaupun Afiq tak setabah tok ayah.
Ibu mesti nampak kan tok ayah yang menenangkan mereka semua?
Abi memujuk kak chik, abang long pulak pujuk abang ngah dan kak lang.

Afiq duduk di belakang dengan Abang Ngah,
Ibu nampak tak, Abang Ngah dukung Afiq keluar sebab abang ngah tak dapat tahan nangis,
Abang Ngah lah yang paling rapat dengan ibu selepas Afiq,
Bila Abang Ngah duduk di tangga,
Afiq gigit tangan Abang Ngah untuk melepaskan Afiq.

Afiq nak solat jugak!
Afiq selit-selit di belakang orang,
Afiq tak tahu macam mana Afiq boleh lancar berjalan,
Abang Ngah terperanjat melihat Afiq boleh berjalan dengan lancar.

Afiq mengangkat takbir bila imam sudah memulakan solat.
Afiq boleh ingat setiap gerak geri solat abi.
Afiq boleh ingat setiap bacaan solat.
Afiq tahu Afiq ada keistimewaan.
Dan Afiq tahu, Afiq nak solat jenazah ibu!

Ibu mesti nampak Abang Ngah menangis sebab melihat Afiq solat sedangkan Afiq baru je kecik.
Akhirnya Abang Ngah kuatkan semangat untuk solat jenazah ibu.

Itulah kali pertama Afiq solat bersama ibu.
Itulah kali pertama takbir diangkat oleh Afiq.
Itulah kali pertama Afiq solat.
Itulah kali pertama... ibu

Walaupun hanya sekejap yang mampu Afiq tahan, 
Afiq gembira ibu sempat melihat Afiq solat seperti yang ibu inginkan.
Afiq sekurangnya dapat memberi semangat dekat Abang Ngah untuk solat jenazah ibu.

Ibu mesti ingatkan, abi, abang long, abang ngah, tok ayah, tok wan yang mengusung jenazah ibu masuk kedalam liang lahat?

Ibu mesti nampakkan kak long bawa Afiq balik rumah sebab kak long tak dapat menahan lagi.

Ibu tahu tak, 
Waktu Afiq nak meninggalkan perkuburan ibu, 
Afiq nampak ibu lambai kat Afiq.
Afiq nampak ibu memberi satu senyuman yang sangat manis dekat Afiq.
Sampai sekarang, masih Afiq ingat senyuman ibu.

Ibu, mesti ibu tahu kan?
Sejak pemergian ibu, kak longlah yang menjaga Afiq macam anak sendiri.
Tapi Afiq tak nak menyusahkan kak long.

Ibu tahu tak,
Afiq dah khatam Al-Quran waktu umur 7 tahun lagi. 
Waktu Afiq umur 10 tahun, Afiq masuk tahfiz Al-Quran.
Abi, dan abang-abang dengan kakak-kakak yang bantu Afiq membaca Al-Quran.

Ibu... ibu tahu tak?
Afiq nak jadi anak yang soleh,
Nanti boleh la Afiq doakan untuk ibu disana,
Terima kasih sebab lahirkan Afiq,
Afiq sayang ibu,
Sayang... sayang sangat-sangat dekat ibu.

Waktu umur 13 tahun Afiq masuk hafazan Al-Quran,
Afiq nak jadi seorang tahfiz,
Nanti boleh la Afiq tolong ibu disana,
Tolong abi disana.

Waktu difikirkan kembali, 
Afiq rasa, 
Afiq menyusahkan ibu je time tu.

Ibu... 
Afiq sayang ibu,
Afiq rindu ibu,
Afiq nak jumpa ibu, 
Kenapa ibu pergi tika itu?
Kenapa ibu tinggalkan Afiq tika diri ini memerlukanmu? 

Kenapa? Kenapa? 
Banyak soalan yang bermain di fikiran Afiq. 
Bila afiq pergi sekolah, Afiq nampak banyak ibu menghantar anak mereka semua. 
Afiq teringin sangat dihantar oleh ibu... 

Tapi Afiq tahu,
Allah tahu apa yang terbaik,
Kerana Allah Maha Bijaksana,
Allah tahu segala-galanya,
Kerana Allah Maha Mengetahui, 
Allah sayang lebih daripada kita sayang,
Kerana Allah Maha Penyayang.

Afiq rindu ibu...

Ibu,
Selamat Hari Ibu.

Ibu... 
Afiq nak buktikan dekat ibu yang Afiq boleh berdikari walaupun ibu tiada di sini.
Afiq nak balas semua usaha yang telah ibu dan semua lakukan buat Afiq.

Kini...

Afiq dah dewasa,
Tapi rindu Afiq tetap tidak pernah hilang,

Afiq dah matang,
Tapi sayang Afiq tidak pernah luntur.

Afiq dah bergelar baba,
Tapi ibu tidak pernah hilang dalam ingatan.

Afiq selalu mendoakan semoga ibu bahagia di sana.

Setakat sini sajalah ibu,
Cucu ibu ajak makan,
Kuat makan dia sejak duduk di negara orang,
Bukan makanan sini yang dimakan,
Negara sendiri yang menjadi seleranya.

Ibu,
Selamat Hari Ibu.

Assalamualaikum, ibu.

Dari anak bongsu ibu.

Buat hanya yang mampu.
Allah tahu apa yang terbaik.

By: NABMR