Saturday, September 4, 2021

Secondary School - Part One

 It is time to embrace a great moment with beautiful memories, right?


During secondary school, ada waktu kitorang akan pergi sekolah dengan arwah ayah terutama kalau hujan. Ke setiap hari eh? Sebab jarak sekolah dengan rumah tak jauh, so memang balik sekolah jalan kaki dengan beg berat sampai nak tercabut bahu :( Kalau pergi dengan arwah kitorang juga yang jadi tukang panaskan engin lepas tu ada waktu karok dulu dalam kereta sementara nak tunggu arwah siap-siap. Arwah paling tak suka kalau pagi baru nak minta itu nak minta ini, so malam before tu duit belanja memang dah bagi terus, kalau ada benda nak kena tandatangan kena setel malam tadi. Jangan pagi baru nak terhegeh nak minta memang kena marahlah. Basically dalam 7.15 pagi rasanya paling lewat sebab kalau lambat nanti jem. I mean semua orang tak berkenan kan kalau jem kang pepagi dah stress.


Masa tu duit belanja sehari RM2, lepas je makan masa rehat. Pagi memang sarapan roti atau apa-apa dekat rumah. Kalau tak ada benda nak makan, akan dapat extra RM1, suruh beli sarapan dekat kantin masa pagi. Tak ingat tahun bila baru ada sarapan dekat kantin waktu pagi, ke memang ada cuma yelah tak perasana. Pintu depan sekolah jauh daripada rumah, kitorang masuk ikut pintu belakang je sebab kawasan situ memang kawasan perumahan. Anyone yang stay kawasan situ memang auto jadi student sekolah situ except kalau dorang bijaksana bijaksini ofcourse sekolah elit lain yang jadi pilihan. 


For me, this school just nice. Berada dalam kawasan kejiranan, rumah pun dekat walau jalan kaki nak tercabut juga kaki tapi you know... selamat untuk pejalan kaki. Maka tak wujudlah scene arwah atau mama datang jemput kitorang bila balik sekolah, takde wujud scene nak kena hadap jem tunggu anak-anak balik sekolah. We practically take care of each other, bertiga. 


That time, kitorang balik akan singgah sekolah agama, untuk kelas mengaji. Satu jalan juga nak balik rumah sebenarnya, duduk situ sampai jam 5 petang tak silap. Sekali makan lunch pun dekat situ. Kalau tanya kawan dekat situ, sorry to say sebab memang tak ingat apa-apa langsung. Tak tahu nak rasa sedeh ke apa hahhahaha aduh. Apa pun after that tak sure kitorang balik ada yang jemput atau kitorang balik sendiri. Yang tu pun untuk few first year je sebab aku ingat lagi balik sekolah sempat lagi rushing layan cerita 2.30 petang sinetron maybe ataupun tagalog punya drama. Tak padan dengan tu, bila pergi kelas mengaji nak jadi orang awal yang baca dekat cikgu sebab lepas tu nak terus balik. Ada program drama lain pulak. Jangan tanyalah that era was the earliest drama addicted, but I will not deny to admit that I still the young kid that addict to drama series. Habits hard to die, kan.


Since 7 or maybe 8 years old lagi, hidup ini dah diwarnai dengan drama terutama Thailand sebab ingat lagi masa duduk KP kitorang adik beradik serbu rumah jiran nak pinjam tv nak layan Wai Rai High School gara-gara mama dekat rumah nak layan channel lain. So yes, bila pindah ke utara ni drama series memang member paling kamceng! Jadual layan cerita tu lepas balik sekolah kan dalam pukul 1.30 petang rasanya. Mama sekolah sesi petang so by tengahari mama dah pergi sekolah mama dah masak siap-siap. Kitorang balik makan je, tak risau apa dah. Orang yang paling banyak habiskan masa depan  tv is me. Uh, jadual memang padat. Mula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang selalunya ada sinetron, habis sinetron akan layan drama Thailand dekat tv3 sampai pukul 4.30 petang. Masa tu tengah tayang Love Chain, superb gila cerita ni dengan soundtrack memang sedap teruk. Literally, memang we all jatuh cinta dengan cerita ni memang hadap depan tv. Masa tu takde astro lagi, ada tv petak yang kena tekan button takde remote control. As legend, memang tekan guna kaki je. Takde keje nak bangun dari pembaringan semata nak tukar channel :)


Petang pula layan channel 8tv, pukul 6.00 sampai pukul 7.00 malam akan tayang cerita hokkien kut orang panggil. Cerita series yang kisah pasal families yang panjang episode dia. Habis cerita tu akan sambung dengan series tvb, Hong Kong. Macam Korea kan ada SBS KBS MBC and so on, so Hong Kong ada tvb. Usually tvb tayang drama crime, so memang fanatic teruk gila. Basically memang kenal teruk dengan actor/actoress sebab muka yang sama, ada juga muka baru. Tapi bila kau dah layan bertahun drama tvb, you feel great to see that face again <3 (Missing them alot, sebab dah tak layan drama Hong Kong since entah, tak ingat bila last layan but for sure masa sekolah)


Belum habis lagi. Ada lagi. Jam 8.30 hingga 9.30 malam channel 8tv akan tayang drama Taiwan, audio mandarin. Not sure tahun bila, dorang mula tayang drama Korean dengan audio mandarin. Masa tu mula jatuh hati dengan english series. Ingat lagi, hari Selasa. Habis aje drama 9.30 malam, series NCIS akan main pula. Rasanya kalau tanya orang hari ini, mesti tahu NCIS ni kisah pasal apa. Tapi kalau at that year, aku tanya classmate aku confirm dorang takleh jawab. Orang baya aku masa tu bukannya drama addict macam aku. Aku pun tak tahu dorang addict apa, haha. 


People may think my life boring because only school-home, setiap hari. Tapi bagi aku, itu adalah kebahagian yang aku inginkan. Basically, memang most of my time memang layan drama. Memang kawan hanya masa dekat sekolah aje, kejiranan takde budak-budak macam kitorang. Bila kitorang pindah, we kind of owe the road. We create roadblock dengan main badminton. Masa tu ada jiran depan, so few time kitorang play football together sebelum dorang pindah mana tah then we back to square, owe the road. We play within us. Nak cakap anti-social macam bukan, nak cakap tak reti bergaul pun tidak. But, we all kind of okey and fine without be social with others. 


I don't know others, but be me at 9 years old dengan classmate yang suka ejek sebab memang guna slangs KL... ofcourse kadang annoyed but it's fine. I guess masa tu different slangs still something weird kut. Tiap hari orang ejek ke perli ke, just ignore aje. Masa tu tak faham kenapa different slangs pun nak jadikan isu :] I bet biasalah budal nakal benda simple macam ni mungkin tak reti nak respect. 


Bila fikir balik, wow ini dikira verbal bully walaupun nampak simple. Setiap kali kau cakap mesti ada bunyi orang ejek, tak semua orang boleh accept tau. Alhamdulillah, I'm not easily beat with these kind of issue. Kes acik kawan tak kawan pun, tak jadi masalah. Biasalah masa tu sikit-sikit merajuk, budak biasalah semua benda tak kena. Nasiblah kenal aku yang tak berapa ada banyak emosi ni. Tapi ada je kawan yang stay kelas yang sama dari awal aku jejak sekolah situ sampai habis sekolah rendah. 


Imagine, you in this new school at different state, with dfferent slangs. You can understand as long them not use pekat punya slang. Kau sendiri tengah cuba comfort dengan suasana yang lain tambah dengan mulut budak nakal yang tak reti berhenti ejek. 


Masa dah nak masuk dekat akhir-akhir sekolah rendah, ada je new student yang datang daripada selatan and they kind of mix the slang. Tapi aku, nope. Daripada dulu sampai sekarang, pure slang KL. Banyak kali dah member tanya, "Bila nak cakap utara?" Entahlah aku pun tak tahu. Tapi these day cakap guna pelbagai slang is widely accepted, orang tak persoalkan atau perlekehkan dah rasanya. 


Ingat lagi masa tu darjah 4, aku bawa this beg hitam beg baru tak silap tahun tu. Hari pertama maka masa tu kan nak pilih seat and this friend of mine ingat my seat was boy >^_^< sebab tengok beg macam lelaki. Umm, colour beg pun ada gender description eh alahaiiii. It is just simple black beg. For sure memang tak ada keychain apa. Simplicity. Guna beg tu tak sure maybe 2 tahun kut. Aku ni bila dah selesa memang akan pakai sampai rosaklah. Selagi okey selagi itulah guna.


Bila darjah 6, memang banyak kali terima warning sebab masih lagi follow rapat series's schedule including sabtu dengan ahad. Cuma sabtu dengan ahad tak banyak drama :] masa tu kena ugut kalau ujian result tak memuaskan kena masuk tuisyen. Dalam makna kata yang lain, aku akan burn drama jam 8.30-9.30 malam kalau kelas malam. Kalau kelas hujung minggu, maka terganggulah jadual tidur pagi dan masa bahagia hujung minggu aku :( so be me just be as usual, sebab result selalu consist A,B dengan C juga. Tapi end up register juga kelas untuk main subject, itu pun selalu datang lambat kelas jam 8 malam sebab tunggu cerita tayang episode untuk esok hari walhal tempat tuisyen area dekat je. Malam selalunya ada yang hantar dan jemput. Kalau hujung minggu rasanya pergi sendiri naik basikal, sebab ingat lagi masa sekolah rendah ada juga pergi sekolah naik basikal. Sebab ingat ade few time letak basikal dekat tempat basikal.


Banyak lagi benda nak cerita but tunggu part yang akan datang ajelah. Nak recall balik memories perlu time kan, sebab nak selongkar balik :) see you when I see you, readers.

Saturday, August 28, 2021

Allo, it's me.

 It has been a while, kan.


Few days back, mama ada buat session nostalgia merangkap life lesson yang membentuk jiwa mama hari ini. Perjalanan hidup ini kalau tanpa cabaran, kita pun akan bosan sebenarnya. Bahasa mudah, selagi kau bernyawa... dugaan itu tetap akan muncul dalam pelbagai cara. Dan kau kena cuba untuk hadap tak kira apa pun yang jadi. Hadap. Jangan lari sebab masalah takkan selesai kalau kau keep running from it.


Ada benda yang aku baru tahu sebenarnya. Tak pasti mama pernah cerita tapi aku yang terlupa atau mama memang tak pernah cerita. I don't know, but be me as today if you want to tell story I'll be listener. Kalau tak nak cerita, aku tak paksa. Your decision. What it is biarlah jadi rahsia, malas nak cerita satu-satu. 


Dari satu cerita ke satu cerita, kisah duduk rumah Padang Balang ke kisah rumah duduk KP, cerita macam mana mama boleh jumpa dengan arwah ayoh, in between kisah mama dengan roommate mama masa duduk UKM and few other things. Ada masa mama atau arwah ayoh nak bercerita tentang kisah lalu kitorang akan dengar aje, tapi tak pernah out of nowhere tiba-tiba tanya. 


I guess both of mama dengan arwah ayoh bukanlah someone yang jenis suka buat heart to heart punya session. Arwah ayoh tegas, anything dulu memang akan melalui mama dulu. If mama cakap 'tidak' tak usahlah nak panjangkan isu ke arwah ayoh. Anything about education, arwah ayah selalu bagi kata semangat and you know kepercayaan yang dia bagi tu menjadikan kita confident. 


Arwah ayoh suka cakap, "Anak ayoh semua boleh!"


Kita close case pasal arwah ayoh sebab kisah ni panjang lagi. Entah bila boleh buat sharing. Will do but nanti-nanti ajela. These day selalu terkenang kenangan masa sekolah rendah. Kembali ke kisah nostalgia mama...


Sometime, mama akan cerita tentang arwah ayah mama which is my grandfather. Dia meninggal sebelum mama kawin lagi. Dalam ingatan ni, hanya sekali aje aku ingat kami semua pergi kubur arwah sebab kubur arwah jauh dari kampung but I don't know if it is a right reason to not do so. Sebelum arwah ayah mama meninggal, kakak mama meninggal but aku lupa the exact information. Mama pernah cerita few time takkan aku nak tanya tiba-tiba kan? Kind of their memories ke what she looks like ke... you know those thing. Nak kenal dia macam mana but you cannot bear to ask that question to the only person yang kenal dia. 


Mama for sure mesti rindu dengan kakak dia kan? The only big sister yang dia ada. Tapi mama tak pernah cakap. Tak pernah langsung cakap apa-apa. Sometime, mama akan cakap,"Kakak mama..." and we all akan dengar apa yang mama nak cerita. Kadang ada akan tanya itu ini and mama akan jawab one by one. Back then, gambar pun tak wujud maka memang takde langsung gambar arwah ayah mama dengan kakak mama. But, aku rasa for sure arwah ayah mama mesti proud kan dengan mama?


Mama pernah cakap, arwah ayah mama cakap dekat mama macam ni,

"Nak belajar atau ikut pergi menoreh," 


Daripada situ aku dah faham, arwah ayah mama tegas. Dulu hidup susah, kerja menoreh pastu mek pula kerja jual kuih dekat kantin sekolah. Tapi alhamdulillah, semuanya hidup berjaya hari ini. Macam plot twist drama kan hidup ni. 


Kenangan mampu buat seseorang itu kuat sebenarnya. 


Undur diri dulu, next time kita tengok apa lagi kisah yang nak diceritakan.