MOHD. ADAM SYAKIR
Kau tersenyum penuh makna,
Tika ku melihatmu,
Senyumanmu penuh kata,
Yang tidak dapat ku tahu.
Senyumanmu amat berharga,
Tuk di buat pandangan mata,
Andai kata kau bicara,
Ku tak tahu masa bila.
Adakah kau tersenyum manja?
Adakah kau faham kata-kata?
Rambut kacak mu terlebat,
Dahi luas mu terbentang,
Senyuman di bibir mu terpamer,
Tubuh kecil mu terbaring.
Wahai sayang,
Kaulah buah hatiku,
Biar orang datang beribu,
Hanya kau yang satu,
Di dalam ingatanku.
Benarlah tubuhmu dibalut,
Kain putih diselimut,
Bantal kecik terdampar,
Tilam kecil dihampar.
Sunday, September 11, 2011
Thursday, September 8, 2011
Sayang Adam [ Di manakah kamu wahai pencuri secebis hatiku? ]
'Setakat ini hanya seorang je yang ku tahu terperinci tempatnya.... salah seorang ‘pencuri’ secebis hatiku ini... ya sayang anda telah mengambil secebis hatiku biarpun tidak dirimu sedari... sygku bukan pencuri... tapi hanya pengambil secebis hatiku. Sygku seorang yang tabah...'
'Ya Allah, Kau menyayanginya lebih daripadaku... Ya Allah ku mohon, janganlah Kau ambil kenanganku bersamanya... sungguh hanya itu yang daku ada untuk mengingatinya... wajahnya... riak wajahnya.... senyuman manisnya.. Ya Allah ingatkan aku andaia aku lalai dengan dunia... Amin...'
'Jangan Seksa Dia Kalau Kau Sayang Dia!'
'Tak de sape boleh makan Adam... sebab Adam ade dekat Allah... dekat syurga Allah..'
Monday, September 5, 2011
Afham yang makin membesar!
Am Am dah nampak besar. Kalau dulu nampak kecik je. Sekarang nampak supo ore ala-ala Arabic pulak! Mesti Am Am tak kenal lagi kita, ye la time tu Am Am kecik lagi. Baru berape bulan je!
Subscribe to:
Comments (Atom)


