Saturday, August 28, 2021

Allo, it's me.

 It has been a while, kan.


Few days back, mama ada buat session nostalgia merangkap life lesson yang membentuk jiwa mama hari ini. Perjalanan hidup ini kalau tanpa cabaran, kita pun akan bosan sebenarnya. Bahasa mudah, selagi kau bernyawa... dugaan itu tetap akan muncul dalam pelbagai cara. Dan kau kena cuba untuk hadap tak kira apa pun yang jadi. Hadap. Jangan lari sebab masalah takkan selesai kalau kau keep running from it.


Ada benda yang aku baru tahu sebenarnya. Tak pasti mama pernah cerita tapi aku yang terlupa atau mama memang tak pernah cerita. I don't know, but be me as today if you want to tell story I'll be listener. Kalau tak nak cerita, aku tak paksa. Your decision. What it is biarlah jadi rahsia, malas nak cerita satu-satu. 


Dari satu cerita ke satu cerita, kisah duduk rumah Padang Balang ke kisah rumah duduk KP, cerita macam mana mama boleh jumpa dengan arwah ayoh, in between kisah mama dengan roommate mama masa duduk UKM and few other things. Ada masa mama atau arwah ayoh nak bercerita tentang kisah lalu kitorang akan dengar aje, tapi tak pernah out of nowhere tiba-tiba tanya. 


I guess both of mama dengan arwah ayoh bukanlah someone yang jenis suka buat heart to heart punya session. Arwah ayoh tegas, anything dulu memang akan melalui mama dulu. If mama cakap 'tidak' tak usahlah nak panjangkan isu ke arwah ayoh. Anything about education, arwah ayah selalu bagi kata semangat and you know kepercayaan yang dia bagi tu menjadikan kita confident. 


Arwah ayoh suka cakap, "Anak ayoh semua boleh!"


Kita close case pasal arwah ayoh sebab kisah ni panjang lagi. Entah bila boleh buat sharing. Will do but nanti-nanti ajela. These day selalu terkenang kenangan masa sekolah rendah. Kembali ke kisah nostalgia mama...


Sometime, mama akan cerita tentang arwah ayah mama which is my grandfather. Dia meninggal sebelum mama kawin lagi. Dalam ingatan ni, hanya sekali aje aku ingat kami semua pergi kubur arwah sebab kubur arwah jauh dari kampung but I don't know if it is a right reason to not do so. Sebelum arwah ayah mama meninggal, kakak mama meninggal but aku lupa the exact information. Mama pernah cerita few time takkan aku nak tanya tiba-tiba kan? Kind of their memories ke what she looks like ke... you know those thing. Nak kenal dia macam mana but you cannot bear to ask that question to the only person yang kenal dia. 


Mama for sure mesti rindu dengan kakak dia kan? The only big sister yang dia ada. Tapi mama tak pernah cakap. Tak pernah langsung cakap apa-apa. Sometime, mama akan cakap,"Kakak mama..." and we all akan dengar apa yang mama nak cerita. Kadang ada akan tanya itu ini and mama akan jawab one by one. Back then, gambar pun tak wujud maka memang takde langsung gambar arwah ayah mama dengan kakak mama. But, aku rasa for sure arwah ayah mama mesti proud kan dengan mama?


Mama pernah cakap, arwah ayah mama cakap dekat mama macam ni,

"Nak belajar atau ikut pergi menoreh," 


Daripada situ aku dah faham, arwah ayah mama tegas. Dulu hidup susah, kerja menoreh pastu mek pula kerja jual kuih dekat kantin sekolah. Tapi alhamdulillah, semuanya hidup berjaya hari ini. Macam plot twist drama kan hidup ni. 


Kenangan mampu buat seseorang itu kuat sebenarnya. 


Undur diri dulu, next time kita tengok apa lagi kisah yang nak diceritakan.





No comments:

Post a Comment