Assalamualaikum, semua .
Sebelum Ai nak mulakan cerita, boleh kita bacakan Al-Fatihah dulu, tak? Sebagai pembuka bicara dan sebagai hadiah buat ahli keluarga yang pergi terlebih dahulu daripada kita.
Done.
Hope, tak terlambat lagi kalau nak cerita pasal LIBK yang Ai join dalam akhir bulan 4 hari tu. Dulu punya cerita, malas nak cakap pasal LIBK ni dah. Sebut je LIBK, macam-macam kenangan muncul.
Benda tak jadi cerita kalau pendek, kan?
Sorrylah, Ai ni jenis cakap banyak, and benda tu jadi equal dengan penulisan.
Harap pembaca dapat bersabar dan teruskan pembacaan.
Itu pun kalau ada yang baca, kalau tak...
Selamat Menulis dan Membaca Semula kepada Ai jelah.
Kalau tanya tentang pengalaman, semestinya banyak benda yang Ai belajar selain kawad. Spiritual relationship dengan sibling yang lain kena kuat kalau korang nak survive dalam LIBK. Boleh jadi, basic utama LIBK adalah bonding korang dengan adik-adik korang yang lain.
Before korang jadi blur, istilah adik beradik di sini adalah bermaksud kawan-kawan satu batch yang join benda alah ni. Sekalipun, dia datang daripada kampus lain, but it still called sibling.
Dan kalau ditanya pasal hell mana yang tahap dewa punya hell, kitorang kena push-up and so on di bawah sinaran rahmat Allah, atas batu. Bukan jalan tar. Batu tu flat dan ada lekuk-lekuk... dan sangattt panas. Masa tu baru lepas solat, dan matahari sangat 'bertenaga'.
Baru letak tangan tak sampai 2 saat, terus jatuh balik. Macam kena panggang tangan rasa. Sekurang yang perempuan boleh lapik pakai lengan baju, yang lelaki? Allah je yang tahu panas dia. Waktu tu, mental korang main peranan. Korang keep it positive, then it will be okay.
It hell, but it okay.
It only for a while.
The rest you will be okay.
Paling ingat, malam pertama Ai jadi radio Ikim.fm.
Macam-macam lagu Ai nyanyi, nak kasi dieorang tidur.
Masa tu dalam pukul 2 pagi jugalah.
Setengah jam kemudian, masing-masing sudah berada di alam mimpi.
For the last day, hari Jumaat. Diorang denda kitorang awal pagi... lari naik atas bukit. Kena push-up and the gang lagi. Waktu tu memang mengantuk gila. Masa dieorang kejut bangun tu memang tak sempat tengok jam.
Ayat yang paling ingat gila , "Kita memang bangun-bangun, terus gerak, eh?"
Natijah dia, Ai cakap lain... member faham lain.
Ai ulang buat kali kedua, dia masih tak dapat tangkap maksud Ai.
Last, option...
"Tak apalah, Man. Minggu depan, aku wassup je kau."
Sebab tak larat nak cakap dah.
Malam tu kena prank!
Dan prank dia sangat tak lawak.
Ai macam diawangan.
Macam, "Apa yang korang try buat?"
Tengah-tengah diorang kecoh pasal tu, Ai sedap tutup mata, hirup udara segar sebab awal pagi kan... dan terus naik flight ke dreamland.
Part yang best pasal prank ni, Ai dapat makan!
Hehehehe.
Yang ni...
Tak cerita lagi pasal tertidur masa tengah solat Subuh.
Sharing minum air paip (masa tu memang desperate gila).
Muka tak malu minta air orang.
Main pinjam bahu orang sebelah tidur kejap.
Tolong makan makanan adik-adik yang tak habis.
Perut memang ketat habis.
Nak makan saja, ada 4-5 stage. Dan setiap stage tu diselangkan dengan sendawa.
Kalau tak sendawa, makanan seterusnya tak boleh masuk.
Paling lawak, sebenarnya kitorang diberi tongkat sorang satu. Tongkat tu equal dengan maruah. Tak boleh hilangkan. Tak boleh jatuhkan. Tak boleh bagi orang curi. Tak boleh tinggalkan.
Sorang saja yang jatuhkan tongkat, semua down.
Dan sekali kitorang down, benda tak sekejap sis.
Lagi angin, bila diorang nak bagi chance stop the hell,
Hamba Allah yang lain pula bagi jatuh!!!
Since, kitorang kena gigit tongkat tu.
Waktu tu tak ada masa nak assume yang Hamba Allah tu ada gigi geraman lemah nak gigit tongkat lama-lama, yang ada hanyalah keluhan, marah, rasa nak ayung sekali kayu besbol sikit dekat Hamba Allah tu,
Masalah, bukan sorang!
Sekejap, bunyi sini.
Sekejap, bunyi kat sana pula.
Sampai last day, LIBK dah habis pun... bunyi je tongkat jatuh semua dah macam insecure. Reaksi muka dah berubah, mata pandang daripada bunyi tu datang.
Okeh, berbalik pada tongkat versi lawak.
Kitorang kalau kawad akan kumpul tau tongkat tu.
Dan Ai punya, setiap kali Ai ambil tongkat... tongkat tu bukan lagi tongkat yang sama.
Everytime, guys!
Masa tu tak fikir, main gigit je tongkat. Air liur?
Korang fikirlah sendiri.
Next time, Ai tunjuk gambar sikit.
InsyAllah.
No comments:
Post a Comment